Posts

Najib bakal berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berkaitan 1MDB!

Image
Malang nasib seorang mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak apabila pihak SPRM memaklumkan bahawa lebih banyak pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1MDB dalam masa terdekat. Najib Najib telahpun beberapa kali dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM di Putrajaya termasuk semalam yang mengambil masa lebih enam jam. Pada 4 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Seterusnya, pada 8 Ogos lepas, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada kegiatan haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lalu. Pada 20 September, mantan perdana menteri itu sekali lagi didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keg...

[GAMBAR] “Macam Ada Sesuatu Kat Seluar Tu,”- Ada Apa Dengan Foto Bella Astilah

Image
Tak boleh beli kereta Kancil pun – Aliff Aziz KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki sebagai salah faham dan tidak masuk akal. Menurut Aliff, 27, tuduhan itu juga dilihat seperti tindakan terdesak, apatah lagi jumlah yang dikatakan dipinjam itu adalah kecil. “Jangan membuat konklusi (rumusan) tanpa melihat situasi di kedua-dua belah pihak. Harap anda seronok dengan ‘isu viral’ anda, Encik Minyak Wangi. Bergembiralah selagi boleh, kerana ia tidak akan bertahan lama. “Anda hanya dapat melihat isu ini mengikut apa yang saya paparkan saja. Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun. “Salah faham yang besar dan keadaan terdesak menyumbang kepada perkara ini. Tetapi tidak mengapa. Saya akan memberi penjelasan lanjut berhubung isu ini dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, kira-kira tiga jam lalu. Aliff ...

Suara SAFIEY ILLIAS Tiba2 Bertukar ketika menyanyikan SINGLE PERTAMA Beliau

Image
Kisah Hidup Safiey Ilias Safiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick. Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK). Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah. Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar...

Tahniah Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kerana Berjaya Anjurkan Sukan Bina Badan Patuh Syariah.

Image
Negeri Kelantan dilihat berjaya menganjurkan Sukan Bina Badan patuh syariah. Tidak seperti kejohanan lain yang dilihat memerlukan setiap peserta hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan perlu memperagakan badan dan menunjukkan setiap otot yang ada. (Tonton Video Penuh Di Bawah Artikel) Cabaran MR Awang Selamat 2018 yang dianjurkan di Kelantan diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu dan mengkehendaki pesertanya memakan seluar munutup aurat dari pusat hingga ke lutut. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak sepertimana pertandingan bina badan biasa. Lebih bermakna dan bangga apabila saya dimaklumkan sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini. Ia membuktikan Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatk...

[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

Image
https://ift.tt/2EkHLTk Seorang daripada tertuduh dalam kes video yang tular berhubung perbuatan kejam membu nuh kucing yang dipercayai bun ting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pende ritaan terhadap haiwan itu. Hakim Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap juruteknik elektrik SS Satthiya, 26, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh. “Kami mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk melepas tanpa membebaskan Satthiya daripada pertuduhan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. “Namun, kes terhadap seorang lagi tertuduh, pemandu teksi A Mohanraj ,41, tetap diteruskan dan semua dokumen telah disediakan untuk diserahkan kepada tertuduh,” katanya semasa s...

Ini jawapan padu Syed Saddiq apabila ditanya wartawan mengapa padam gambar tanpa baju di media sosial

Image
https://ift.tt/2RPb3fw KUALA LUMPUR 14 Okt. Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar berada di dalam tab mandi di Twitter dikritik oleh warganet. Hantaran di Twitter Syed Saddiq. Hantaran di Twitter Syed Saddiq. Warganet beranggapan tidak wajar bagi seorang menteri untuk berkongsi gambar dengan tidak berbaju di dalam tab mandi di laman sosial. “@SyedSaddiq … rasanya tak perlu kot nak tweet macam ni… Come on bro, behave yourself,” kata @MohdNiz66387815 di Twitter. “Macam ini ke contoh kepada golongan muda? Macam ni ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? AKu rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” kata @thekings_vii. “Syed Saddiq pun kemain lagi. Awak tu dah level menteri, tak perlu post gambar demikian rupa,” komen @syafiezubir. “Masing-masing also ada preference. Syed Saddiq should stop cheap marketing and populist. Cukup-cukul la retorik politik. Jalan kerja,” kata @_nikAfif. “Ini salah satu kaedah sains sukan...

Datuk Jamal Abdillah Kongsi Kenangan Bersama Allahyarham Saleem..

https://ift.tt/eA8V8J “SALEEM memiliki suara yang unik dan merdu serta tiada gantinya.” Begitu kata Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mengulas pemergiaan Saleem buat selamanya, Ahad lalu. Jamal berkata, walaupun dirinya senior 10 tahun berbanding Saleem dalam industri hiburan, namun beliau juga meminati lagu arwah. Menurutnya, beliau pernah menyanyikannya ketika persembahan seperti Gerhana Cinta Luka serta Suci dalam Debu, dan pemergiannya adalah kehilangan besar kepada industri seni tanah air. “Saya juga terkejut dengan berita pemergian Saleem itu dan tidak dapat menziarah jenazahnya kerana ketika itu terbabit dengan urusan kerja di Ipoh, Perak. “Namun, saya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, Juriah dan anaknya, Syafiq Farhain pada hari kejadian tetapi gagal kerana telefon bimbit mereka ditutup. “Apapun, saya juga mengucapkan salam takziah buat Juriah sekeluarga dan semoga mereka tabah serta reda dengan ketentuan Allah SWT yang lebih menyayangi arwah,” katanya. Berkongs...