Posts

Showing posts from October, 2018

Najib bakal berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berkaitan 1MDB!

Image
Malang nasib seorang mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak apabila pihak SPRM memaklumkan bahawa lebih banyak pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1MDB dalam masa terdekat. Najib Najib telahpun beberapa kali dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan SPRM di Putrajaya termasuk semalam yang mengambil masa lebih enam jam. Pada 4 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Seterusnya, pada 8 Ogos lepas, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada kegiatan haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lalu. Pada 20 September, mantan perdana menteri itu sekali lagi didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keg...

[GAMBAR] “Macam Ada Sesuatu Kat Seluar Tu,”- Ada Apa Dengan Foto Bella Astilah

Image
Tak boleh beli kereta Kancil pun – Aliff Aziz KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, menyifatkan isu kononnya dia tidak menepati janji selepas membuat pinjaman wang daripada seorang lelaki sebagai salah faham dan tidak masuk akal. Menurut Aliff, 27, tuduhan itu juga dilihat seperti tindakan terdesak, apatah lagi jumlah yang dikatakan dipinjam itu adalah kecil. “Jangan membuat konklusi (rumusan) tanpa melihat situasi di kedua-dua belah pihak. Harap anda seronok dengan ‘isu viral’ anda, Encik Minyak Wangi. Bergembiralah selagi boleh, kerana ia tidak akan bertahan lama. “Anda hanya dapat melihat isu ini mengikut apa yang saya paparkan saja. Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun. “Salah faham yang besar dan keadaan terdesak menyumbang kepada perkara ini. Tetapi tidak mengapa. Saya akan memberi penjelasan lanjut berhubung isu ini dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, kira-kira tiga jam lalu. Aliff ...

Suara SAFIEY ILLIAS Tiba2 Bertukar ketika menyanyikan SINGLE PERTAMA Beliau

Image
Kisah Hidup Safiey Ilias Safiey Ilias adalah seorang lelaki biasa yang lahir di Felda Lakum, Lanchang, Pahang pada 19 Mei 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lakum dan mendapat kesemua A dalam UPSR. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Namun pembelajaran di sana hanya bertahan selama 2 minggu sahaja disebabkan homesick. Beliau terlalu rindukan emak dan ayah dan tak biasa hidup berjauhan di asrama. Beliau seterusnya meneruskan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman, Lanchang dan mendapat kesemua 8A dalam peperiksaan PMR. Disebabkan kecemerlangan itu, beliau ditawarkan ke sebuah lagi Sekolah SBP iaitu di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK). Semenjak berpindah ke Kuantan, beliau merasakan kos sara hidup di sana agak tinggi. Ayahnya cuma mempunyai kereta Kancil untuk menghantar beliau ke sekolah. Saya tak macam anak orang lain yang tiap-tiap minggu keluar...

Tahniah Kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kerana Berjaya Anjurkan Sukan Bina Badan Patuh Syariah.

Image
Negeri Kelantan dilihat berjaya menganjurkan Sukan Bina Badan patuh syariah. Tidak seperti kejohanan lain yang dilihat memerlukan setiap peserta hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan perlu memperagakan badan dan menunjukkan setiap otot yang ada. (Tonton Video Penuh Di Bawah Artikel) Cabaran MR Awang Selamat 2018 yang dianjurkan di Kelantan diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu dan mengkehendaki pesertanya memakan seluar munutup aurat dari pusat hingga ke lutut. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata pertandingan itu akan menonjolkan peserta yang menutup aurat dari paras pusat hingga ke lutut dan tidak sepertimana pertandingan bina badan biasa. Lebih bermakna dan bangga apabila saya dimaklumkan sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini. Ia membuktikan Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatk...

[VIDEO] Lelaki Ini Dilepaskan Dari Dakwaan Masukkan Kucing Dalam Mesin Dobi. Sebabnya memang mengejutkan ramai

Image
https://ift.tt/2EkHLTk Seorang daripada tertuduh dalam kes video yang tular berhubung perbuatan kejam membu nuh kucing yang dipercayai bun ting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pende ritaan terhadap haiwan itu. Hakim Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap juruteknik elektrik SS Satthiya, 26, selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh. “Kami mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk melepas tanpa membebaskan Satthiya daripada pertuduhan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. “Namun, kes terhadap seorang lagi tertuduh, pemandu teksi A Mohanraj ,41, tetap diteruskan dan semua dokumen telah disediakan untuk diserahkan kepada tertuduh,” katanya semasa s...

Ini jawapan padu Syed Saddiq apabila ditanya wartawan mengapa padam gambar tanpa baju di media sosial

Image
https://ift.tt/2RPb3fw KUALA LUMPUR 14 Okt. Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi gambar berada di dalam tab mandi di Twitter dikritik oleh warganet. Hantaran di Twitter Syed Saddiq. Hantaran di Twitter Syed Saddiq. Warganet beranggapan tidak wajar bagi seorang menteri untuk berkongsi gambar dengan tidak berbaju di dalam tab mandi di laman sosial. “@SyedSaddiq … rasanya tak perlu kot nak tweet macam ni… Come on bro, behave yourself,” kata @MohdNiz66387815 di Twitter. “Macam ini ke contoh kepada golongan muda? Macam ni ke pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan? AKu rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” kata @thekings_vii. “Syed Saddiq pun kemain lagi. Awak tu dah level menteri, tak perlu post gambar demikian rupa,” komen @syafiezubir. “Masing-masing also ada preference. Syed Saddiq should stop cheap marketing and populist. Cukup-cukul la retorik politik. Jalan kerja,” kata @_nikAfif. “Ini salah satu kaedah sains sukan...

Datuk Jamal Abdillah Kongsi Kenangan Bersama Allahyarham Saleem..

https://ift.tt/eA8V8J “SALEEM memiliki suara yang unik dan merdu serta tiada gantinya.” Begitu kata Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mengulas pemergiaan Saleem buat selamanya, Ahad lalu. Jamal berkata, walaupun dirinya senior 10 tahun berbanding Saleem dalam industri hiburan, namun beliau juga meminati lagu arwah. Menurutnya, beliau pernah menyanyikannya ketika persembahan seperti Gerhana Cinta Luka serta Suci dalam Debu, dan pemergiannya adalah kehilangan besar kepada industri seni tanah air. “Saya juga terkejut dengan berita pemergian Saleem itu dan tidak dapat menziarah jenazahnya kerana ketika itu terbabit dengan urusan kerja di Ipoh, Perak. “Namun, saya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, Juriah dan anaknya, Syafiq Farhain pada hari kejadian tetapi gagal kerana telefon bimbit mereka ditutup. “Apapun, saya juga mengucapkan salam takziah buat Juriah sekeluarga dan semoga mereka tabah serta reda dengan ketentuan Allah SWT yang lebih menyayangi arwah,” katanya. Berkongs...

Terbaiklah…Mawi Dan Piya Akan Buka Akademi Bolasepak Khas Untuk Anak-Anak Yatim…

PENYANYI terkenal, Mawi bersama pemain bola sepak profesional, Piya berganding bahu sebagai ikon menubuhkan sebuah akademi bola sepak yang melatih anak-anak yatim menjadi pemain bola sepak. Usaha murni kedua-dua personaliti popular itu tercetus apabila mereka melihat nasib anak-anak yatim kurang diberi perhatian menerusi aktiviti sukan seperti bola sepak. Bekas Kapten Kelantan, Piya atau nama sebenarnya, Mohd Badhri Mohd Radzi menyatakan meskipun hasrat mereka ini masih di peringkat awal untuk dilaksanakan tetapi mereka merancang untuk mencungkil lebih ramai bakat anak-anak yatim bermain bola sepak di mana sahaja. “Tujuan kami adalah mahu meraikan anak yatim dengan mewujudkan platform untuk mereka bersukan iaitu bermain bola sepak,” katanya kepada Astro Gempak. Jelasnya, kehidupan yang dilalui anak yatim lazimnya lebih kepada aktiviti membawa golongan istimewa ini makan dalam sesebuah acara mahupun dijemput untuk mengadakan solat hajat. “Bagi sesetengah orang cukup hanya membawa a...

Kita Rasa Hidup Kita Cukup Susah Tetapi Keluarga Ini Mengharungi Ujian Lebih Berat.Semoga Mereka Tabah Dan Dipermudahkan..

KUALA LUMPUR: Kehidupan bahagia yang disulam suami isteri ini selama 13 tahun direntap sekelip mata apabila Mohd Hafizul Muhamad Zainol, 38, yang menjadi tonggak kekuatan keluarga diserang sakit jantung dan terlantar sejak dua tahun lalu. Ujian mereka silih berganti apabila tiga minggu lalu kaki kanan isterinya, Intan Shafinaz Sulaiman, 37, pula terpaksa dipotong separas lutut akibat kencing manis. Kini dengan keupayaan terbatas dan berkerusi roda, wanita itu masih setia menguruskan segala keperluan suami tercinta di samping menjaga dua anak berusia empat serta enam tahun. Intan Shafinaz yang menetap di Kampung Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, suaminya terlantar sejak Februari 2016 akibat terjatuh selepas diserang sakit jantung. “Suami baru balik kerja petang itu, tidak sangka dia jatuh dan segalanya terus berubah. “Sampai sekarang suami tidak boleh bertutur dan hanya terlantar di katil. “Lehernya ditebuk untuk membantu pernafasannya, malah dia tidak boleh makan s...

Penyanyi Alyah Mengeluh Berat Badannya Naik Disebabkan Suaminya Datuk Ramli MS Pandai Masak…

DISEBABKAN hidangan enak daripada air tangan suami tercinta, Datuk Ramli MS, penyanyi Datin Alyah, 37, mengakui dia sukar mengawal selera makan hingga badannya berisi. Alyah ketika ditemui berkata, dia mengakui tubuhnya kini agak berisi dan tidak menafikan ia berkaitan dengan faktor pemakanan. “Ya, berat badan saya memang naik kerana kurang menjaga makan. Apatah lagi, saya seorang yang suka makan dan suami pula rajin memasak. “Tok Ram (Ramli MS) memang pakar masak di dapur dan hidangan masakan beliau sangat enak,” katanya. Menurut Alyah, dulu berat badannya 47 kilogram (kg) dan sekarang meningkat menjadi 58 kg. Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan berkata, bertemu jodoh dengan Ramli yang juga pengarah dan penggubah muzik terkenal pada 2013. Sudah lima tahun hidup bersama, penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini berkata, mereka lebih selesa memilih membawa haluan masing-masing di dalam urusan kerja. Sehubungan itu, bermula hari ini segala urusan karier nyanyian ...

Farid Kamil Gagal Gugurkan Tuduhan Dan Akan Tetap Dibicarakan Di Mahkamah..

PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil, 37, di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November depan. Farid Kamil ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin. “Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi untuk kali kedua,” kata pelakon itu. Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Bagi pertuduhan pertama dan...